Wednesday 4 September 2013

Majlis Keraian Aidilfitri Dan Sambutan Hari Kemerdekaan

Tarikh : 31 Ogos 2013 / Sabtu
Masa : 8.45 malam
Anjuran : Umno Cawangan Pulai Barat & Persatuan Belia Mutiara Sejati Pulai Barat

Majlis makan malam bersama seluruh penduduk Kampung Pulai Barat ini telah menjemput dua tetamu kehormat iaitu Yb Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hj Hamzah, Ahli Parlimen Jasin dan Yb En Zaidi Bin Attan, Adun Kawasan Serkam. Program yang mendapat sambutan luar biasa ini juga telah menampilkan jagoan bagi penduduk Kampung Pulai iaitu Dato Hj Seman Bin Hj Deros, mantan Pengerusi JKKK Kampung Pulai. Tidak mengira usia program yang berjalan sehingga jam 11 malam ini amat menyentuh hati penduduk Kampung Pulai Barat. Program ini dengan rasminya telah diangkat sebagai aktiviti tahunan wajib dilaksanakan di dalam kalendar aktiviti bagi Ketua Cawangan Umno Pulai Barat. Diharapkan program seperti ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya pada masa-masa akan datang. InsyaAllah....Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Pemuda + Belia

Pemimpin lama dan baru.

Meriahnya.


Toke cucur udang, rugi tak rasa.

Yb En Zaidi Attan menjamu selera.

Old skool.







No comments:

Post a Comment