Tuesday 30 July 2013

Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 1434H

Tarikh : 28 Julai 2013
Masa : Jam 4.45 Petang
Tempat : Madrasah Abdul Ghani, Kg. Pulai Barat
Dirasmikan Oleh : Yb Datuk Hj Ahmad Bin Hj Hamzah, Ahli Parlimen Jasin












Saturday 27 July 2013

Program Iftar Ramadhan, UITM Bersama Penduduk Kg. Pulai Dan Anak Yatim Mencari Nur

Tarikh : 27 Julai 2013
Tempat : Masjid Ar-Rahman, Kg, Pulai
Anjuran : Fakulti Perakaunan UITM Melaka

Program yang berakhir dengan Solat Terawih ini telah menjemput khas Imam daripada Gaza, Palestin.



Bersama-sama dengan Pengerusi JKKK Kg. Pulai.


Berbual ringkas bersama Ustaz Abdul Aziz.






Maas Salamah Wa Ilal Liqa' Ya Shaykh.






Tuesday 23 July 2013

Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 1434H

Tarikh : 28 Julai 2013 / Ahad
Masa : Jam 4.45 petang
Tempat : Madrasah Abdul Ghani, Kg. Pulai Barat

Dijemput beramai-ramai warga belia Kg. Pulai Barat untuk turut hadir bersama bergotong-royong dalam menyediakan bubur lambuk. Semoga usaha murni ini akan dapat merapatkan ukhuwah di kalangan belia dan masyarakat setempat. InsyaAllah.





Tuesday 16 July 2013

Program Ihya Ramadhan

Tarikh : 16 Julai 2013
Tempat : Madrasah Abd. Ghani Kg. Pulai Barat
Penceramah : Ustaz Hj Sulaiman Bin Hj Daud
Anjuran : Bahagian Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka

Alhamdulillah, selesai sudah kita menunaikan ibadah solat terawih dan witir untuk malam yang ke-8 Ramadhan 1434H. Program yang dijalankan dengan ringkasnya, berjalan dengan lancar dan penuh barakah. Penceramah jemputan sedikit sebanyak memberikan input-input yang berguna berkaitan dengan tanggungjawab berumah tangga di dalam bulan Ramadhan. Salah satu daripadanya, ditekankan bahawa setiap amalan sunat yang di lakukan di dalam bulan Ramadhan pahalanya akan diangkat seperti melakukan perkara wajib. Wallhualam, semoga program-program keagamaan seperti ini dapat memupuk dan membimbing para belia agar terus menjalani ibadah puasa dengan tenangnya. InsyaAllah.






Thursday 11 July 2013

Program Jejak Perpatih 2 Hari 1 Malam Melaka ke Negeri Sembilan

Tarikh : 21 & 22 Disember 2012
Masa : Jam 3 petang
Jumlah peserta : 30 orang

Konvoi bermotor dari Melaka ke Negeri Sembilan ini dirasmikan oleh Sidang Kg. Pulai, Hj Dolah Bin Taib. Program 2 hari 1 malam ini menyaksikan sekumpulan belia Kg. Pulai Barat telah melakukan aktiviti konvoi motosikal sambil menikmati keindahan kampung-kampung di sepanjang perjalanan. Program yang berakhir dengan aktiviti 'barbeque' telah berjalan dengan lancarnya.


Sebelum upacara pelepasan...




Gemilang...tahun depan diharapkan akan mendapat sambutan yang lebih meriah lagi. InsyaAllah.




Salam Ramadhan 1434H

"Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...Semoga para belia dapat meningkatkan ibadah di samping menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Amin". Ikhlas - Pengerusi PBMSPB



Friday 5 July 2013

Festival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2013

Tarikh : 5-7 Julai 2013
Tempat : Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka

Bersama-sama kita hadir memeriahkannya!!!





Jumpa di sana...


Thursday 4 July 2013

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kg. Pulai Barat

Tarikh : 10 Februari 2013
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw, Kg. Pulai Barat
Dirasmikan Oleh : Yb Datuk Hj Ghazale Bin Mohamad




Ucapan pembakar semangat oleh Pengerusi JKKK Kg. Pulai, Dato' Hj Seman Bin Deros.
Terasa kehangatanya...


Gandingan mantap!!!



Proses penjumlahan mata dan penentuan pasukan ke peringkat akhir.


Juara, Naib Juara & Tempat Ketiga


Kesian Tok Sidang, letih menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan peserta.