Kenali Kami

Sejarah Penubuhan

Persatuan Belia Mutiara Sejati Pulai Barat atau dengan singkatannya PBMSPB ditubuhkan pada Disember 2012   yang pada mulanya hanya memiliki keahlian seramai 20 orang. Tujuan asal penubuhan persatuan ini adalah untuk menyatukan belia-belia di dalam Kampung Pulai Barat agar mereka dapat disatukan dalam kegiatan yang berbentuk sivik, sukan dan rekreasi.

Untuk pertama kalinya, Saudara Azni Bin Ahmad telah dilantik sebagai pengerusi (2012 - sekarang) yang pertama. Berkat usaha keras dan berterusan oleh saudara pengerusi, pelbagai aktiviti dan program dapat dijalankan oleh belia-belia Kg. Pulai Barat. Di samping memberikan idea-idea bernas untuk perkembangan persatuan, saudara pengerusi telah banyak mencurahkan segala ilmu dan pengetahuan kepada para belia berkaitan dengan hal-hal pengurusan persatuan. Beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, menjadi idola kepada belia-belia Kg. Pulai Barat khasnya.

Program Penyerahan Jalur Gemilang, Bubur Lambuk & Topi Keledar merupakan aktiviti pertama yang dijalankan dan dianjurkan oleh belia sendiri. Penyertaan aktiviti daripada belia-belia amat menggalakkan. Aktiviti yang kebiasaanya hanya disertai oleh golongan yang lebih tua, kini turut menjadi tarikan kepada belia untuk turut sama menyertai.


Sebesar harapan Pengerusi, begitulah juga dengan harapan kepimpinan dan penduduk-penduduk Kg. Pulai Barat agar persatuan ini akan terus mencipta pelbagai kejayaan di masa akan datang. Usaha yang baik dan berterusan ini di harapkan akan kekal mendapat sambutan daripada para belia.