Monday 23 September 2013

Air Terjun Kem Saujana Asahan

Tarikh : 22 September 2013
Masa : Jam 1.30 petang
Peserta : Petak, Is, Angah Rempah, Dan, Mat








Port sesuai untuk bercamping...





Mesyuarat Agong Tahunan Dan Hari Keluarga Mayc Kawasan Jasin 2013/2014

Tarikh : 21 & 22 September 2013
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kem Saujana Majlis Sukan Negara, Asahan, Jasin, Melaka



Iron Man


Spiderman




Ada sesuatu yang dibincangkan oleh Pengerusi dan Setiausaha Kehormat.


Kelab Kompang Belia Kg. Pulai Barat

Hari : Jumaat Dan Sabtu (Latihan)
Masa : jam 9.00 malam
Tempat : Balai Raya Kg. Pulai

Dengan izin Allah s.w.t, akhirnya tertubuh juga Kelab Kompang Belia Kg. Pulai Barat yang di ketua oleh saudara Mohammad Hassan Bin Zainal. Seramai 23 orang belia telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelab kompang ini. Bersama-sama kita doakan usaha ini akan menampakkan hasilnya.



Sesi latihan kali pertama. Sangat merdu. Hua! Hua!


Bersama-sama nantikan kemunculannya.

Wednesday 4 September 2013

Majlis Keraian Aidilfitri Dan Sambutan Hari Kemerdekaan

Tarikh : 31 Ogos 2013 / Sabtu
Masa : 8.45 malam
Anjuran : Umno Cawangan Pulai Barat & Persatuan Belia Mutiara Sejati Pulai Barat

Majlis makan malam bersama seluruh penduduk Kampung Pulai Barat ini telah menjemput dua tetamu kehormat iaitu Yb Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hj Hamzah, Ahli Parlimen Jasin dan Yb En Zaidi Bin Attan, Adun Kawasan Serkam. Program yang mendapat sambutan luar biasa ini juga telah menampilkan jagoan bagi penduduk Kampung Pulai iaitu Dato Hj Seman Bin Hj Deros, mantan Pengerusi JKKK Kampung Pulai. Tidak mengira usia program yang berjalan sehingga jam 11 malam ini amat menyentuh hati penduduk Kampung Pulai Barat. Program ini dengan rasminya telah diangkat sebagai aktiviti tahunan wajib dilaksanakan di dalam kalendar aktiviti bagi Ketua Cawangan Umno Pulai Barat. Diharapkan program seperti ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya pada masa-masa akan datang. InsyaAllah....Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Pemuda + Belia

Pemimpin lama dan baru.

Meriahnya.


Toke cucur udang, rugi tak rasa.

Yb En Zaidi Attan menjamu selera.

Old skool.







Wednesday 7 August 2013

Program Takbir Raya Belia Kg. Pulai Barat

Tarikh : 1 Syawal 1434H (7 Ogos 2013)
Masa : Lepas Solat Isyak
Tempat : Seluruh Kg. Pulai Barat



Pengagihan Kumpulan. Seramai 57 orang telah dipecahkan kepada 6 kumpulan. 





Kira duit raya.




Tahniah diucapkan. Semoga berjumpa lagi tahun depan.

Tuesday 30 July 2013

Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 1434H

Tarikh : 28 Julai 2013
Masa : Jam 4.45 Petang
Tempat : Madrasah Abdul Ghani, Kg. Pulai Barat
Dirasmikan Oleh : Yb Datuk Hj Ahmad Bin Hj Hamzah, Ahli Parlimen Jasin












Saturday 27 July 2013

Program Iftar Ramadhan, UITM Bersama Penduduk Kg. Pulai Dan Anak Yatim Mencari Nur

Tarikh : 27 Julai 2013
Tempat : Masjid Ar-Rahman, Kg, Pulai
Anjuran : Fakulti Perakaunan UITM Melaka

Program yang berakhir dengan Solat Terawih ini telah menjemput khas Imam daripada Gaza, Palestin.



Bersama-sama dengan Pengerusi JKKK Kg. Pulai.


Berbual ringkas bersama Ustaz Abdul Aziz.






Maas Salamah Wa Ilal Liqa' Ya Shaykh.






Tuesday 23 July 2013

Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 1434H

Tarikh : 28 Julai 2013 / Ahad
Masa : Jam 4.45 petang
Tempat : Madrasah Abdul Ghani, Kg. Pulai Barat

Dijemput beramai-ramai warga belia Kg. Pulai Barat untuk turut hadir bersama bergotong-royong dalam menyediakan bubur lambuk. Semoga usaha murni ini akan dapat merapatkan ukhuwah di kalangan belia dan masyarakat setempat. InsyaAllah.





Tuesday 16 July 2013

Program Ihya Ramadhan

Tarikh : 16 Julai 2013
Tempat : Madrasah Abd. Ghani Kg. Pulai Barat
Penceramah : Ustaz Hj Sulaiman Bin Hj Daud
Anjuran : Bahagian Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka

Alhamdulillah, selesai sudah kita menunaikan ibadah solat terawih dan witir untuk malam yang ke-8 Ramadhan 1434H. Program yang dijalankan dengan ringkasnya, berjalan dengan lancar dan penuh barakah. Penceramah jemputan sedikit sebanyak memberikan input-input yang berguna berkaitan dengan tanggungjawab berumah tangga di dalam bulan Ramadhan. Salah satu daripadanya, ditekankan bahawa setiap amalan sunat yang di lakukan di dalam bulan Ramadhan pahalanya akan diangkat seperti melakukan perkara wajib. Wallhualam, semoga program-program keagamaan seperti ini dapat memupuk dan membimbing para belia agar terus menjalani ibadah puasa dengan tenangnya. InsyaAllah.