Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada 'team IT' Persatuan Belia Mutiara Sejati Pulai Barat kerana memberi ruang merakamkan sepatah dua kata dan penghargaan di dalam blog ini.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan saya agar laman rasmi MAYC Pulai Barat ini, sedikit sebanyak dapat memberikan info serta maklumat semasa berkaitan aktiviti dan program yang telah dan bakal dilaksanakan oleh persatuan kami. Mudah-mudahan dengan adanya laman rasmi ini, akan dapat membuka ruang kerjasama di antara MAYC Pulai Barat dengan mana-mana persatuan belia MAYC yang lain. Bak kata pepatah melayu 'besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan'.

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, persatuan kami juga tidak ingin ketinggalan di dalam persaingan menongkah arus teknologi masa kini. Akhir kata, saya selaku Pengerusi ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para belia MAYC Pulai Barat kerana berjaya menghasilkan laman rasmi persatuan ini. Saya mengharapkan agar usaha ini akan menjadi contoh kepada persatuan-persatuan belia yang lain agar kita bersama-sama dapat berkongsi maklumat di persatuan masing-masing.

Terima kasih.


AZNI BIN AHMAD
Pengerusi
Persatuan Belia Mutiara Sejati Pulai Barat