Monday, 24 March 2014

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kg. Pulai Barat 2014

Tarikh : 22 Mac 2014 / Sabtu
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw Kg. Pulai Barat
Perasmian : Yb Zaidi Bin Attan - Adun Dun Serkam
Peyampaian Hadiah : Sdr Imanuddin Bin Abd Aziz - Ketua Pemuda Umno Bhgn Jasin

Secara keseluruhannya perjalanan program ini berjalan seperti yang dirancang, meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan seperti menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pertandingan. Pertandingan yang berlangsung secara one-off ini telah disertai seramai 7 pasukan yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur belia. Pertandingan dilansungkan secara liga mengikut persetujuan dan kehendak ramai. Di sini dapat kami paparkan serba sedikit foto-foto yang di ambil ketika pertandingan berlangsung.




Yb Zaidi Bin Attan sedang menulis ucapan untuk para penumpang dan anak kapal MH370.
Semoga Allah memberkati usaha yang dijalankan di dalam misi menyelamat dan mencari pesawat MH370. InsyaAllah.




Perlawanan final di antara Team Jiwe Nakal vs O.K.U


Tempat ke-3 : 7 Petala Bumi


Tempat ke-2 : O.K.U


Tempat pertama : Jiwe Nakal


Sesi bergambar bersama-sama pemenang dan peserta yang bertanding.